Gimme just one click :)

Thursday, May 16, 2013

Ustaz Don Menjawab Soalan Saya

Minggu ni rancangan 30 Minit Ustaz Don ajar tajuk musafir. Saya dan suami kan selalu bermusafir. Kaki jalan gitu. Jadi tajuk ni wajib dengar. Walaupun dah biasa buat solat jamak & qasar, tapi ada beberapa persoalan di minda saya yang masih belum terjawab.

Dan alhamdulillah, soalan tu telah dijawab oleh Ustaz Don.


Soalan saya adalah…

Saya tinggal di Perak manakala suami di KL. Komfem dah lebih 2 marhalah. Hujung minggu suami akan ambil saya di Perak dan kadang2 kami berjalan2 ke area Lembah Klang macam Sungai Buloh, Rawang, etc. Jadi, untuk saya mmg boleh buat buat jamak & qasar. Tapi, suami macam mana? Sebab Sg Buloh & Rawang tak sampai 2 marhalah dari KL. Tapi suami dah berpusing KL ke Perak dan ke balik area Lembah Klang balik.

Untuk orang yang dah tau, bagus, ilmu anda mantap. Tapi saya, perlukan pertolongan daripada seseorang yang lebih arif. 

Dan jawapan Ustaz Don, bila suami saya ke Perak dah tentu die boleh solat jamak & qasar. Dan bila kami berjalan ke area Lembah Klang, suami masih boleh buat solat jamak & qasar selagi dia belum memasuki kawasan tempat tinggalnya di KL. Contoh kalau suami tinggal di Ampang, selagi belum masuk Ampang boleh solat jamak & qasar. Jadi kalau kat Sg Buloh & Rawang, komfem boleh. Wallahua’lam. Terima kasih Ustaz Don.

Untuk siapa2 yang nak hubungi 30 Minit UStaz Don, boleh call no ni ye 03-2260 2411/ 2261 1610. 

Dan sesiapa yang mengenali diri saya, yangterdengar saya buat panggilan kepada Ustaz Don, owh... saya sungguh malu kalian semua dengar suara saya yang tak merdu di televisyen. Hihi. 

5 comments:

  1. wahhh bestnya Ustaz Don jawab soalan akak...

    ReplyDelete
  2. ruginya tak dapat dengar. isk..isk..

    ReplyDelete
  3. salam ustaz nk tanya berdosa saya sebagai seorang anak kepada ibu saya jika tidak menuruti perintah untuk meminta cerai dengan suami di sebabkan ibu saya tidak suka lagi dengan suami saya kerana suami pernah menjawab ibu saya,dan ibu saya nk saman saya kerana tidak menurut perintah dia,dan mengelarkan saya anak derhaka kepada dia..saya jadi serba salah yang mana saya harus ikuti.ibu atau suami saya berdosakah saya kepada ibu saya..

    ReplyDelete